Archive for January, 2009
Happy Chinese New Year 2009!
by Lim Sin Ting on Jan.23, 2009, under Announcement

In conjunction of the Chinese New Year, the School Web Team would like to wish all of you, Happy Chinese New Year.
As for the students, especially for those Form 3 and 5, don’t ever neglect your studies although it is a one week holiday and don’t forget you are facing PMR and SPM this year.
Please note that 3rd of February (Tuesday) will be the first day of schooling after the holiday.
School Web Team.
Chinese New Year Celebration 2009
by Lim Sin Ting on Jan.23, 2009, under Past Event
On Friday, 23 January 2009 which is the last schooling for January 2009, our school, SMK Taman Connaught had a celebration of Chinese New Year. The ceremony started with the arrival of our beloved principal, Puan Radiah, Mr. and Mrs. Fuam, and other teachers.
Mr. Fuam who was the first to deliver the speech had made a short and nice one. Next, followed by our beloved principal who is very used to delivering speech has delivered a lengthy one. Puan Radiah has told a story about the Chinese Mythology, the twelve animals in the Lunar Calendar sequences.
Those speeches finished in 30 minutes and continued by the lion dance which is performed by the Wushu Club. It was like the last dance for the lions which they were so reluctant to finish their performance although the clock has struck to half past twelve. (Besides that, the white lion has changed their ‘dancer’, I wondered if anyone has ever noticed about that). Last but not least, the performance still mesmerized the students.
There is also another traditional event which giving away the mandarin oranges to teachers and students. Teachers who received the mandarin oranges from the lion will give a red packet to the lion as a manner. On other hand, giving them luck in the New Year.
Very soon, the ceremony continued with the performance of Chinese Yoyo. (The performance is still has a standard to achieve and spaces to brush up). The solo show of the Chinese Yoyo player which is playing yoyo while lying down was the climax of the whole performance.
Finally, the ceremony came to an end. Our school four ‘superb’ singer from three main races, Malay, Chinese and Indian has sung “Hi Hi Ha Ha Guo Xin Nian”. The singers are Liang Wen Hui, Nurshahida, Tan Lek To and Veejay. The resolution of ceremony was the singing of “Negaraku” and the voices of ‘Connaughtian’!
Lawatan dari Tsuna High School, Jepun
by Lim Sin Ting on Jan.22, 2009, under Past Event
Pada hari Rabu, 21 Januari 2009 seramai 195 orang pelajar yang diiringi oleh 9 orang guru daripada Tsuna High School telah datang berkunjung ke sekolah kita. Tujuan mereka berkunjung ke sini adalah untuk merasai jurang perbezaan budaya antara kedua-dua negara. Oleh itu, SMK Taman Connaught terpilih untuk tatapan mereka atas tujuan tersebut.
Kedatangan tetamu kita disambuti dengan tarian singa oleh Kelab Wushu. Majlis dikendalikan oleh En. Hamdan bin Hassim dan saudari Lum Wai Xin. Seterusnya majlis disusuli dengan ucapan Pengetua SMKTC, Puan Radiah dengan menjemput kehadiran tetamu-tetamu kita dalam Bahasa Melayu dan juga serba sedikit Bahasa Jepun.
Wakil pelajar iaitu ketua pengawas, Eric Moo turut mengalu-alukan kedatangan para pelajar dan guru dari Jepun. Sementalahan itu, Pengetua Tsuna High School, Mrs. Kouchou dan wakil pelajar Tsuna High School, Seito Kaichou juga menyatakan perasaan mereka terhadap sekolah dan pelajar kita. Mrs. Kouchou dan Seito Kaichou telah menyatakan rasa impresif terhadap pelajar kita dan tidak dinafikan bahawa pelajar SMKTC mahupun yang terlibat ataupun tidak terlibat telah menunjukkan prestasi yang menakjubkan.
Dalam ucapan Wakil Pelajar Tsuna High School, Seito Kaichou, beliau telah memberikan serba sedikit maklumat sekolah beliau iaitu Tsuna High School mempunyai seramai lebih kurang 726 orang warga, iaitu 660 orang pelajar dan 66 orang guru. Beliau turut mengakui bahawa pelajar Jepun sememangnya tidak fasih dalam Bahasa Inggeris kerana pihak mereka lebih mengutamakan bahasa kebangsaan mereka iaitu Bahasa Jepun.
Para tetamu kita telah disajikan dengan persembahan seperti berikut :

1. Okrestra Cina + Wushu
(Merangkumi seluruh organisasi Okrestra Cina dan 11 orang ahli Wushu)
2. Okrestra Cina + Kompang
(4 orang pemain kompang dan oragnisasi Okrestra Cina yang memainkan lagu melayu, ‘Jong Jong Inai’)
3. Okrestra Cina + Tarian India
(Penari India yang menari tarian tradisional India dengan lagu yang dimainkan oleh organisasi Okrestra Cina)
4. Okrestra Cina + Tarian Etnik Malaysia
(Merangkumi Tarian Joget oleh kaum Melayu dan Tarian Kipas oleh kaum Cina yang diiring oleh lagu Rasa Sayang)
5. Okrestra Cina
(Organisasi Okrestra Cina telah memainkan beberapa buah lagu)
Sementelahan itu, para tetamu kita juga telah menyediakan persembahan yang berkenaan dengan budaya Negara Jepun untuk pihak kita termasuklah :

· Tarian tradisional Jepun

· Tarian Shora (semangat seorang nelayan menangkap ikan, menurut lagenda Jepun)

Selepas persembahan-persembahan dipersembahkan, tibalah masa untuk bemain permainan. Pengetua SMKTC, Pengetua Tsuna High School, pelajar SMKTC, dan pelajar Tsuna High School telah melibatkan diri dalam sesi permainan tersebut. Sesi pertukaran buah tangan telah dilangsungkan selepas sesi permainan.

Sebaik sahaja tamat sesi pertukaran hadiah, para pelajar telah mengambil kesempatan menangkap gambar. Melalui interaksi sebegini, dapatlah diperlihatkan bahawa para pelajar mempunyai keinginan untuk lebih memahami budaya antara negara dan juga proses pembelajaran sekolah negara lain.
Laman Web Tsuna High School : http://www.hyogo-c.ed.jp/~tsuna-hs/
Interview with Mr. Hatti Sucipto from Indonesia.
by Lim Sin Ting on Jan.20, 2009, under Past Event
Wakil-wakil Web Team telah diberi peluang keemasan untuk menemu ramah wakil pengetua, Encik Hatti Sucipto yang juga merupakan Ketua Dinas Pendidikan (Jawa Timur). Temu ramah tersebut adalah seperti yang berikut:
WT 1 dan WT 2 : Selamat petang dan salam sejahtera, Tuan Hatti dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda daripada rutin encik yang sudah padat.
Encik Hatti : Selamat petang dan salam sejahtera. Sama-sama sahaja, lagipun saya juga ingin lebih mengenali sistem pendidikan Malaysia ini. Kemungkinan saudara dan saudari kalian dapat membekalkan saya dengan yang apa perlukan.
WT 1 : Sudah tentu kami akan berkongsi pengetahuan kami sejauh mana yang boleh. Encik Hatti, inikah kali pertama encik datang berkunjung ke Malaysia?Adakah ini sekolah pertama yang encik lawati?
Encik Hatti : Ya, ini kali pertama saya datang ke Malaysia dan SMK Taman Connaught merupakan sekolah pertama rombongan kami lawati. Lawatan ini adalah pertama kali ke Malaysia demi hal-hal yang berkenaan dengan urusan rasmi pendidikan.
WT 2 : Memandangkan ini kali pertama encik datang ke Malaysia dan juga melawati sekolah di Malaysia untuk urusan rasmi, apakah tanggapan pertama yang encik ada terhadap sekolah kami?
Encik Hatti : Oh, saya berasa sungguh terpegun dan juga bangga kerana mempunyai peluang untuk datang ke SMK Taman Connaught! Disiplin pelajarnya sungguh baik sekali jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di Indonesia kerana cara-cara mereka berkumpul di dewan sebelum memasuki kelas men gikuti koordinasi begitu teratur sekali. Saya juga dapat melihat ramai pengawas yang menjalankan tugas mereka dengan begitu berdedikasi sekali.
WT 1 : Encik, sebenarnya pihak kami agak hairan dan ingin tahu tentang sistem pendidikan di Indonesia. Encik sudah mengfahami dan mengenali sistem pendidikan Malaysia melalui taklimat sebentar tadi. Adakah terdapat jurang perbezaan yang besar antara kedua-dua sistem?
Encik Hatti : Sebenarnya, tidak terdapat perbezaan yang bagaikan langit dengan bumi antara kedua-dua sistem pendidikan, hanya semester sekolah yang berbeza dan juga usia anak-anak mula menuntut di bangku sekolah. Di Indonesia,daripada 3 tahun sehingga 5 tahun atau daripada 4 tahun sehingga 5 tahun, anak-anak diwajibkan memasuki sekolah tadika yang digelar ‘ Play School’ atau ‘Children School’ di Indonesia. Sekolah rendah pula adalah daripada 6 tahun sehingga 11 tahun manakala sekolah menengah diklasifikasikan kepada dua iaitu Sekolah Menengah Pertama (SMP) dan Sekolah Menengah Atas yang melingkungi anak-anak daripada usia 12 tahun sehingga 18 tahun.
WT 2 : Encik, setahu saya di Indonesia juga terdapat sekolah bawah pengawasan kerajaan dan sekolah swasta, adakah berbeza sistem pendidikan kedua-dua sekolah tersebut?
Encik Hatti : Sudah tentu tidak banyak berbeza, lebih kepada persamaan jika dibandingkan dengan perbezaan lamun orang-orang tua pelajar lebih berbesar hati dan bangga sekiranya anak-anak mereka mampu belajar di sekolah kerajaan kerana sekolah kerajaan merupakan minoriti di sana.
WT 1 : Disiplin murid merupakan satu aspek yang amat mustahak di sekolah di samping kejayaan akademik. Di Malaysia, pihak sekolah menjalankan hukuman secara praktikal terhadap pelajar yang melanggar peraturan di bawah lindungan sisi undang-undang. Bagaimanakah pula dengan kawalan disiplin di sekolah Indonesia?
Encik Hatti : Sekiranya di Indonesia, guru-guru tidak dibenarkan menjalankan hukuman praktikal tehadap para pelajar. Biarpun melentik telinga pelajar, ibu bapa akan membawa si anak untuk membuat laporan polis.
WT 2 : Oh, seriusnya tindakan yang akan dikenakan kepada guru! Sememangnya lain lubuk lain ikannya.
WT 1 : Encik, apakah cadangan-cadangan lain daripada encik yang boleh encik berkongsi bersama dengan kami supaya kami boleh menjadi lebih baik?
Encik Hatti : Sudah tiada apa-apa lagi komen atau cadangan lain yang saya boleh beri kerana SMK Taman Connaught ini sememangnya sudah cemerlang. Saya hanya boleh ucapkan SMK Taman Connaught, terus cemerlang.
WT 1 dan WT 2 : Terima kasih, encik. Nampaknya sehingga sinilah temu ramah kita pada kali ini.
Encik Hatti : Baiklah, semoga pada hari lain berpeluang lagi saya dan rombongan lain dari Indonesia dapat berkunjung ke sekolah yang serba indah ini.
WT 1 dan WT 2 : Kami juga berharap begitu juga. Walau bagaimanapun, terima kasih diucapkan kepada Encik Hatti kerana sudi ditemu ramah.
Encik Hatti : Sama-sama.

Wakil-wakil Web Team amat berbangga dan menghargai peluang yang diberi untuk menemu ramah Encik Hatti. Melalui temu ramah, pihak kami jali merasai kehairanan dan perasaan ingin tahu Encik Hatti dan rombongannya akan budaya-budaya belajar di Malaysia. Sementelahan itu, pujian Encik Hatti kepada sekolah kita sayugianya diingati dan dibanggai. Oleh itu, hargai dan sayangi sekolah kita agar kita boleh sederap memacu kecemerlangan terus cemerlang seperti kata dorongan ‘terus cemerlang’ yang diberi oleh Encik Hatti seiring dengan slogan sekolah.
The Visit of Principals from Indonesia
by Lim Sin Ting on Jan.20, 2009, under Past Event

Pada 08 Januari 2008, hari Khamis, serombongan pengetua sekolah dari Negara Indonesia telah datang melawat ke sekolah kita. Tujuan mereka berkunjung ke sini adalah untuk melihat sejauh mana prestasi pendidikan di Malaysia. Oleh itu, SMK Taman Connaught terpilih untuk tatapan mereka atas tujuan tersebut.
Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan sekolah, mereka mula memerhati kawasan sekolah dan juga telatah para pelajar. Dalam dewan, wakil daripada pengetua turut memberi sepatah dua kata tentang perasaan beliau teehadap sekolah kita. Beliau menyatakan perasaan bangga kerana dapat melihat sekolah yang sebaik ini di Malaysia dan beliau berasa tidak salah kerana memilih datang ke Malaysia selepas destinasi dari Singapura.

Selepas melawat dewan sekolah, kumpulan pengetua yang disegani tersebut telah menghadiri taklimat yang disediakan oleh pihak sekolah yang dihadiri oleh Puan Radiah selaku pengetua sekolah, Encik Wong, Puan Faridah, Puan Patricia, Puan Phua, Puan Aziah, dan Puan Lee Swee Ching. Rakaman video hari pertama pendaftaran pelajar baru telah ditayangkan dan dijelaskan oleh Encik Wong. Sementelahan itu, serba sedikit sejarah dan pengenalan sekolah juga diperkenalkan.
Sepanjang taklimat tersebut, beberapa orang pengetua telah menanya soalan berkenaan dengan disiplin sekolah, proses pembelajaran, dan pencapaian dalam akademik dan juga kokurikulum. Secara tuntasnya, para pengetua amat berminat untuk mengetahui sistem pembelajaran dan pelajaran di Malaysia, sistem disiplin, dan kelayakan guru-guru.
Setelah menghadiri taklimat, para pengetua dijemput untuk menikmati juadah yang bercitarasakan makanan tradisional Malaysia. Selepas jamuan teh, wakil-wakil Web Team sekolah telah diberi peluang keemasan untuk menemu ramah wakil pengetua, Hatti Sucipto.


